TENTANG KAMI, KLINIK GIGI REZA SYATRI
Beroperasi sejak dari tahun 2018, Klinik Gigi Reza Syatri (Reza Syatri Dental Clinic) adalah salah sebuah klinik pergigian yang bagus di kawasan Bandar Puteri, Bangi, Kajang, Selangor Malaysia. Ianya terletak berdekatan Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra dan Bangi Wonderland serta lebuhraya plus menghala ke KLIA. Klinik ini dilengkapi dengan teknologi terkini seperti 2d/3d x-ray dan intra oral scanner (ios). Dengan adanya teknologi ini, klinik mampu memberikan khidmat rawatan pergigian yang berkesan, berkualiti dan pelbagai seperti rawatan ‘braces’, ‘implant’, ‘minor oral surgery’, ‘whitening’, pembuatan ‘denture’ dan banyak lagi. Klinik ini juga mempunyai 3 orang doktor gigi berstatus tetap (permanent) yang berlatar belakang pelbagai pengalaman bekerja seperti salah seorangnya adalah doktor ahmad reza assyatri yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam merawat masalah gigi merangkumi rawatan ‘braces’ dan ‘implant’ khususnya.
Dengan suasana klinik yang kondusif dan selesa serta staff dan doktor gigi yang mesra pesakit, kami berkomited untuk memberikan pengalaman khidmat rawatan pergigian yang positif kepada anda dan keluarga secara menyeluruh.